“Cuba naikkan harga petrol pula, mesti kamu menang besar”- Isham beritahu Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isham Jalil menggesa Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli melaksanakan pemotongan subsidi petrol sekali gus menaikkan harga bahan api itu.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu secara sarkastik menjangkakan PKR dan PH tentu akan menang besar dalam pilihan raya memandangkan Rafizi menyangkal dakwaan pelaksanaan skim subsidi diesel bersasar punca kekalahan Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap minggu lalu.

“Tadi (semalam) Rafizi kata pemotongan subsidi atau (kenaikan harga) diesel bukan sebab kekalahan PH/BN di Sungai Bakap.

“Saya ingin kata satu perkara sahaja kepada kamu Rafizi: Baguslah kalau begitu. Dan teruskan pemikiran sebegitu.

“Dan oleh itu pemotongan subsidi petrol nanti pun tidak akan beri kesan ke atas sokongan rakyat kepada kamu. Jadi potonglah subsidi petrol pula dan naikkan harga petrol. Tengok macamana jadi. Mesti kamu menang besar.

“Siapa yang tak percaya cakap kamu itu memang bahlul betul. Kan? bidas Isham.

Terdahulu Rafizi yang juga Menteri Ekonomi menafikan dakwaan pelaksanaan skim subsidi diesel bersasar punca kekalahan Kerajaan Perpaduan dalam PRK Sungai Bakap.

Jelas Rafizi, jika benar faktor pelaksanaan skim subsidi diesel bersasar punca kekalahan calon Kerajaan Perpaduan, sepatutnya Perikatan Nasional (PN) berjaya menambah jumlah pengundi Melayu mereka dalam PRK tersebut.

“Tetapi tidak. Ia kekal sama seperti tahun lepas, pengundi Melayu yang menyokong PN masih sama walaupun sebelum skim subsidi diesel bersasar dilaksanakan.

“Keadaan ini tetap sama (pengundi Melayu). Kami berada di mana kami berada setahun yang lalu,” katanya.

Tambah Rafizi yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, terdapat keperluan untuk melihat keputusan PRK Sungai Bakap itu secara menyeluruh sebelum menentukan sebab sebenar kekalahan tersebut.

“Masih terlalu awal untuk menyimpulkan punca sebenar kekalahan itu kerana ‘parameternya’ masih tidak jelas,” katanya.

Terdahulu, calon PN, Abidin Ismail telah diumumkan memenangi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dengan majoriti 4,267 undi.

Keputusan berkenaan menyaksikan gabungan PN berjaya mengekalkan kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos tahun lalu dengan majoriti yang lebih besar.

Abidin yang meraih 14,489 undi menewaskan pencabar tunggalnya daripada Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin yang mendapat 10,222 undi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat