Bukan Cubaan Bunuh Diri, Bapa Buat Laporan Polis ke Atas Kumpulan FB Guru

- Advertisement -

MELAKA: Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang kisahnya tular dalam laman sosial Facebook ‘Kami Guru Malaysia’ menafikan berita palsu berkenaan anaknya cuba menggantung diri akibat tertekan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), kata Polis Daerah Melaka Tengah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, lelaki berusia 40 tahun itu telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru pada pukul 3.45 petang tadi.

Polis mengesahkan menerima laporan dibuat oleh bapa kanak-kanak lelaki yang kisahnya tular dalam laman sosial Facebook dikatakan cuba menggantung diri akibat tertekan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Terdahulu, sebuah Facebook yang menggunakan nama ‘Kami Guru Malaysia’ telah melaporkan kononnya kanak-kanak tersebut cuba menggantung diri akibat tekanan PdPR.

“Ambik iktibar jangan terlalu menekan PDPR takut ramai anak2 pula buat benda macam ini gantung diri dan diselamatkan oleh food panda yang kebetulan lalu pelajar baru darjah 6.” kata Facebook Kami Guru Malaysia tersebut.

Dalam pada itu, mengikut laporan polis itu lagi, bapa kanak-kanak berusia 12 tahun itu mendakwa anaknya dimasukkan ke Hospital Melaka kerana tercedera ketika membetulkan tali buaian di hadapan rumah mereka di Bukit Katil di sini.

“Pihak polis ada menerima laporan yang dibuat oleh bapa kanak-kanak tersebut menafikan berita tular mendakwa anaknya yang berusia 12 tahun telah dimasukkan ke hospital selepas bertindak di luar jangkaan.

“Kanak-kanak tersebut dimaklumkan mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika ingin membetulkan tali buaian di hadapan rumahnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengadu juga mengakui gambar tular anaknya di wad hospital itu telah dirakamkan sendiri olehnya sebelum disebarkan individu tidak bertanggungjawab.

Katanya, kes siasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat