Selepas Khalid Jamlus, Jamsari Sabian ‘lelong’ pingat

- Advertisement -

KECEWA menunggu janji yang tak kunjung tiba, bekas penjaga gol Selangor, Jamsari Sabian mengambil keputusan ‘melelong’ tiga koleksi pingat yang dimenanginya bersama The Red Giant pada 2005.

BH Online melaporkan, Jamsaru kecewa apabila ada pihak menjanjikan ‘sesuatu’ kepadanya 12 tahun lalu namun hingga kini tidak ada apa-apa berita.

Katanya, sehingga kini pihak yang berjanji itu tidak memaklumkan apa-apa perkembangan kepada dia dan beberapa bekas rakan sepasukannya.

“Jangan salah faham, ini tidak sama dengan itu (Khalid Jamlus). Masalah kewangan itu memanglah ada tapi untuk jual pingat ini, ia lebih kepada menyuarakan kekecewaan saya kepada pihak tertentu yang saya tidak mahu sebutkan siapa.

“Lama-lama simpan pun, tidak dapat apa. Tinggal ini sahaja koleksi yang saya yang ada daripada simpan, lebih baik saya jualkan sahaja kepada mana-mana pihak yang berminat.

“Cuma, saya mahu ingatkan pemain muda kita, kalau mahu buat buat apa-apa, tolonglah buat secara hitam putih dan tidak sekadar berjanji mulut semata-mata. Itulah yang terjadi pada saya dan beberapa rakan sepasukan yang lain.

“Kalaulah dapat janji itu, saya kira boleh melegakan sikit keluarga saya dan kita pun tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, sekurang-kurangnya dapatlah beri peluang mencari rezeki dalam bidang lain selepas ini,” katanya.

Sebelum ini, Jamsari menerusi akaun Facebooknya mengumumkan mahu melelong koleksi tiga pingat iaitu pingat juara Liga Perdana 2005, Piala FA 2005 dan Piala Malaysia 2005 selepas jualan pingat sebelum ini didermakan untuk Palestin dan Syria.

Dia menyatakan jualan pingat itu untuk ‘menderma’ kepada diri sendiri sekali gus menimbulkan persoalan memandangkan ia dibuat hanya beberapa hari selepas Khalid Jamlus melelong koleksi peribadinya termasuk Anugerah Kasut Emas yang pernah dimenanginya.

Foto: Google

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat