Hentikan Perbalahan Demi Kesihatan Rakyat – Adham Baba-

- Advertisement -

KERAJAAN Persekutuan dan negeri harus sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan terutamanya membabitkan hal berkaitan keselamatan masyarakat. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, semua pihak perlu mengetepikan segala perbalahan atau motif lain demi kesihatan rakyat.

“Oleh itu, kita membina hubungan baik bersama kerajaan Sabah dan jaringan inilah yang menyebabkan negara ini berjaya menurunkan kadar penularan Covid-19.

“Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sendiri sangat memahami bagaimana penularan Covid-19 ini patut dielakkan.

“Malahan semua taklimat dan perkara yang dimaklumkan juga memang sudah dilaksanakan di peringkat negeri.

“Hal ini menunjukkan beliau sangat proaktif serta kini hanya perlu mengekalkan lebih banyak kawasan hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

-Friends of Dr Adham Baba-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat