Hubungan Sejenis Dalam Proses Untuk Disahkan Di Thailand

- Advertisement -

Bangkok: WALAUPUN Thailand sudah lama terkenal di kalangan pelancong sebagai ‘syurga’ untuk pelbagai jenis perhubungan, tetapi hanya baru-baru ini sahaja hubungan sejenis akan mula diiktiraf oleh undang-undang negara tersebut.

Ini setelah kabinet Thailand beberapa hari lepas, meluluskan usul mengenai perkara itu dan draf undang-undang berkaitan akan dibawa ke parlimen untuk dibahas sama ada hendak diluluskan atau tidak.

Kabinet Thailand dalam draf undang-undang tersebut bagaimanapun, mengelak dari menyebut tentang ‘perkahwinan’ sejenis dalam draf undang-undang tersebut dan hanya menyebut tentang pendaftaran perhubungan sejenis yang kini dibenarkan dibawah undang-undang – sekiranya mendapat kelulusan parlimen.

Ia antara lain memberi kebenaran kepada pasangan sejenis berumur 17 tahun ke atas untuk mendaftarkan perhubungan mereka. Jika melibatkan warga asing, salah seorang dari mereka bmestilah warga Thailand.

Maksudnya, kalau dua dua individu itu dari negara lain, tidak boleh. Justeru pasangan gay dari negara ini kalau bercadang-cadang nak mendaftarkan perhubungan di negara jiran, bolehlah melupakannya.

Walaupun tidak menyebut tentang bperkahwinan, draf undang-undang ini tetap mendapat pujian pelbagai pertubuhan LGBTQ di seluruh dunia memandangkan ia adalah pertama seumpamanya di rantau sebelah sini – Asia Tenggara.

Taiwan adalah negara pertama di Asia yang meluluskan undang-undang perkahwinan sejenis.

Tidak seperti Taiwan, draf undang-undang di Thailand ini, tidak memberikan hak seperti pelepasan cukai dan sebagainya.l – NY Times

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat