Adam Corrie bosan asyik jadi jahat

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Asal jahat saja saya. Saya sebenarnya bosan. Kadang-kadang persepsi orang tengok saya ini memang jahatlah. Tolonglah bagi saya watak baik pula,” kata pelakon, Adam Corrie, 54, yang berharap dapat membuang imej ‘penjahat’ dalam dirinya apabila kerap ditawarkan watak sebegitu sepanjang karier lakonannya.

Adam yang popular dengan watak Dragon dalam filem KL Gangster mengakui, dia sebenarnya bosan apabila berkali-kali mendapat tawaran watak jahat sedangkan dia ingin tampilkan bakatnya membawa watak lain.

“Baru-baru ini dapat tawaran watak jahat juga. Ia watak anggota pasukan beruniform, tapi jahat. Ada satu lagi tawaran berlakon filem. Pun watak jahat juga,” katanya.

Adam berkata, dia berharap sangat kerap diberikan watak seperti ustaz di mana sekurang-kurangnya orang nampak perubahan dalam kemampuan lakonannya.

“Biar orang nampak saya dengan watak berbeza. Saya pun banyak buat forum di masjid, surau dan universiti. Saya nak sangat bawa watak sebegitu untuk tunjukkan kepada orang ramai bahawa saya mampu lakukannya.

“Saya bukanlah terlalu memilih watak tertentu, asalkan saya boleh bawakan watak itu dengan baik dan orang terima, insya-Allah,” katanya.

Adam ditemui di sidang media dan pelancaran supertelefilem Bangkitkan Aku Kembali di Laman NMR, Taman Setiawangsa, di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, impian Adam membawakan watak ustaz akhirnya tercapai apabila dia diberikan watak Ustaz Daniel dalam cerita itu.

Menurutnya, itu tawaran sulung untuknya melunaskan watak pakar agama pula.

Bangkitkan Aku Kembali diadaptasi daripada karya novelis Sophilea di mana ia menampilkan genre seram sepenuhnya tanpa diselit unsur komedi dan lain-lain.

Selain Adam, Bangkitkan Aku Kembali turut menampilkan lakonan Amy Nur Tinie, Aishah Azman, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi.

Penggambaran dijangka bermula tidak lama lagi dan ia bakal ditayangkan di saluran Astro First tahun ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat