Pembangkang, aktivis puji kerajaan mansuh hukuman mati mandatori

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia kini merupakan salah satu negara antara lebih 100 negara yang memasuhkan hukuman mati mandatori.

Ketua Penerangan Muda, Luqman Long berkata, penangguhan hukuman mati ini adalah sebahagian daripada langkah perubahan perundangan dalammanifesto Pakatan Harapan (PH) dalam janji ke-27 sejak PRU14 yang lepas.

“Melalui usaha yang diteruskan oleh kerajaan yang baru, penghargaan diberikan atas perlaksanaan dan keputusan yang baik ini.

“Ini bukan satu perubahan yang baru dalam sistem perundangan dan keadilan jenayah untuk negara-negara yang lain. Perubahan ini merupakan perubahan yang signifikan bagi memastikan individu yang salah, diberi peluang,” ujarnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Bahkan katanya, hukuman mati mandatori tidak pernah dibuktikan mampu menurunkan kes jenayah.

“Di Asia Pasifik sendiri, lebih 20 negara telah memansuhkan hukuman mati mandatori untuk semua jenis jenayah.

“Keputusan ini juga perlu disusuli dengan pelaksanaan hukuman berdasarkan restorative justice yang lebih teliti oleh kerajaan. Pastikan sistem perundangan dan undang-undang Malaysia memberi keadilan kepada semua.

“Terima kasih kepada semua aktivis dan kumpulan hak asasi manusia yang tidak berhenti dan bertungkus lumus memperjuangkan isu ini sejak sekian lama,” ucap Luqman.

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia mengalu-alukan keputusan kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori dengan berkata, ia adalah langkah pertama ke arah menghapuskan sepenuhnya hukuman mati.

Penasihat Lawyers for Liberty, N Surendran berkata, kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhak dipuji atas keputusan yang telah lama ditunggu-tunggu ini.

“Bagaimanapun kerajaan tidak harus berhenti di sini. Moratorium hukuman mati semasa mesti diteruskan sehingga pemansuhan penuh hukuman mati dicapai.

“Hukuman mati adalah kejam, tidak boleh diterbalikkan dan tidak berkesan dalam mencegah jenayah berat. Masyarakat mesti teruskan usaha ini sehingga hukuman mati dimansuhkan,” katanya.

Penyelaras eksekutif Rangkaian Anti Hukuman Mati Asia, Dobby Chew berkata, hakim mesti diberi kuasa budi bicara untuk menentukan hukuman berdasarkan fakta kes agar keadilan tertegak.

“Hukuman mati mandatori menjadi punca ketidakadilan dalam sistem keadilan jenayah,” katanya memetik portal FMT.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Sebelum ini, kumpulan berkepentingan menggesa diwujudkan moratorium ke atas pelaksanaan hukuman mati terhadap banduan sehingga Parlimen mengundi rang undang-undang untuk memansuhkan hukuman mati.

Sejumlah 1,359 orang dilaporkan sedang menanti pelaksanaan hukuman mati setakat November tahun lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat