Saya Masih Lagi Menteri Besar Yang Sah – Ahmad Samsuri

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – “Saya bangun pagi ini, masih lagi Menteri Besar yang sah, walaupun 10 gambar MB Terengganu bertukar setiap jam,”

Demikian jelas Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengenai spekulasi kedudukan beliau sebagai Menteri Besar yang tular di media sosial.

Beliau membidas dakwaan wujud perpecahan dalam Pas Terengganu sebagaimana laporan sebuah portal berita beberapa hari lalu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berhenti menabur fitnah.

Ahmad Samsuri berkata, setakat ini tidak timbul isu pertukaran Menteri Besar (MB) itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Yang lain-lain biar polis menjalankan siasatan. Saya pun hairan. Orang tak ingat api neraka agaknya, dia buat fitnah-fitnah begini. Jadi saya hendak seru kepada orang ramai, ingat sikit, buat fitnah itu, api neraka ada.

“Kita ini hidup lama-lama pun, akan mati juga,” katanya kepada pemberita selepas melawat kediaman mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Su di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhyiddin Abdul Rashid membuat laporan polis berhubung artikel yang disiarkan sebuah portal yang disifatkan sebagai fitnah pada Selasa lalu.

Antara dakwaan yang disiarkan dalam artikel itu adalah MB Terengganu kini tersepit dengan pihak istana serta wujud usaha daripada dalam PAS untuk mengambil alih jawatan MB.

Satu borang “surat akuan berkanun” sudah disediakan untuk membolehkan Adun Terengganu menandatanganinya bagi menyatakan kesediaan mereka menolak Ahmad Samsuri sebagai menteri besar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat