Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, tidak guna mempunyai Perdana Menteri yang popular dalam parti tetapi ada rekod buruk dan tidak boleh menjadi contoh buat negara.

Beliau berkata, UMNO perlu melupakan amalan untuk menjadikan Presiden sebagai Perdana Menteri.

Beliau setuju dengan kenyataan Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang amalan itu perlu dihapuskan.

“Saya setuju di banyak negeri maju di Britain dan Amerika Syarikat orang yang jadi Presiden bukannya ketua parti.

“Dia jaga dasar dan perjuangan parti. Sampai masa, bila nak jadi calon dia pilih yang betul-betul layak.

“Kita perlu melatih pemimpin kita untuk menerima perubahan ini dan tidak berpegang kepada amalan lama. Negara perlukan Ahli Parlimen lebih berkualiti,” katanya menurut laporan The Malaysian Insight.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata UMNO akan menanggung “dosa” dilakukan Perikatan Nasional (PN) jika tidak meninggalkan kerajaan secepat mungkin.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, UMNO perlu bertanggungjawab jika tidak meninggalkan kerajaan PN.

“Dosa yang paling besar dilakukan PN adalah pengisytiharan darurat walaupun tidak dipersetujui UMNO.

“Jadi ini semua dosa yang kita tanggung. Kenapa Umno mesti pikul tanggungjawab ini. UMNO tak patut berkongsi kesalahan ini, kerana kita tak salah,” katanya.

Beliau berkata, UMNO hanya bersetuju menyertai kerajaan PN pada 2020 bagi menamatkan pergolakan politik yang bermula daripada “Langkah Sheraton”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat