Selamatkan nyawa rakyat dulu baru fikir peti undi – Iskandar Samad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Biarkan mereka yang mencari nombor terus mencari nombor, biarkan “pakar-pakar” terus bersyarah di dalam TikTok dan biarkan “haters” terus dengan pelbagai hashtag.

“Kerajaan perlu lakukan yang betul dan bukan yang popular,” desak Bendahari Pas Pusat, Datuk Iskandar Abd Samad.

Hal ini katanya, kerajaan Pusat perlu menggunakan kuasa-kuasa diperuntukan dengan proklamasi darurat sepenuhnya untuk mengawal penularan pandemik Covid-19.

“Walau bagaimanapun kerajaan dilihat teragak-agak dan tidak tegas seolah-olah bimbang dengan kecaman-kecaman dan kritikan-kritikan terhadap mereka.

“Untuk menyelamatkan nyawa rakyat, kerajaan perlu melakukan apa sahaja yang perlu walaupun tindakan-tindakan dan langkah-langkah tersebut tidak popular,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iskandar yang juga Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan ( Reach ) memberitahu, selepas lima hari PKP diisytiharkan di Lembah Klang dan beberapa daerah yang lain namun tidak kelihatan perbezaan yang drastik di antara PKP dan sebelum PKP.

Hari ini katanya, kerajaan seperti lebih mementingkan survival politik selepas darurat berakhir.

“Kami berharap kerajaan perlu membuat keputusan yang mana satu perlu diutamakan, survival politik atau menyelamatkan nyawa?

“Sekiranya keadaan menjadi seperti di India maka akan berlaku tindak balas dari rakyat dan jika diadakan pilihan raya umum kerajaan hari ini akan tumbang.

“Sekiranya pandemik ini dapat dikawal dengan jayanya maka rakyat sudah tentu akan berterima kasih kepada kerajaan dan ini akan diterjemahkan pada peti-peti undi.

“Mereka yang mengecam dan mengkritik akan terus mengecam dan mengkritik walau apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan. Nyawa rakyat itu lebih penting dari memuaskan hati mereka,” ujar beliau.

Menurutnya, darurat telah diisytiharkan malah pelbagai perintah kawalan telah diumumkan.

“Pastikan ia dikuatkuasakan dengan tegas dan adil iaitu kepada setiap rakyat Malaysia tanpa ada pilih kasih,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat