UMNO tak segemilang dulu, masa depan parti rahsia Tuhan – Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Hentilah cerita zaman gemilang UMNO sedangkan kedudukan semasa sangat bergelora dan tidak secerah dulu,” kata

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam titipan ucapan beliau sempena Ulang Tahun UMNO ke-75 Mohamad berkata, masa depan UMNO itu rahsia Tuhan.

Tetapi katanya, ikhtiar melangsungkan UMNO adalah ikhtiar kita pendukungnya.

“Dalam segala kebaikan dan kelemahan UMNO, kitalah karyawannya.

“Jika UMNO terus ingin meraikan ulang tahunnya, tiga perkara penting mesti senantiasa UMNO lakukan.

“Ia mesti dilihat secocok dengan zaman. Jangan terus terbuai dengan nostalgia ketinggalan zaman. Hentilah cerita zaman gemilang sedangkan kedudukan semasa sangat bergelora dan tidak secerah dulu,” ujar Mohamad dalam catatan di Facebooknya.

Kedua kata Mohamad, pendukungnya mesti pelbagai generasi (intergenerational).

“Perubahan generasi itu nyata dan mesti diterima. Idea dan pemikiran politik terbaik bukan lagi di ukur pada usia pengucapnya tetapi pada kualiti dan kebernasan idea tersebut.

“Ketiga, nilai dan misi UMNO mesti diperjuangkan oleh mereka yang ikhlas menghidup-hidupi UMNO. Bukan mereka yang mencari penghidupan dari UMNO,” katanya.

Mohamad mengucapakan terima kasih kepada seluruh pendukung UMNO kerana masih bersetia walau dalam susah dan payah UMNO kebelakangan ini.

“Insyallah dengan bekerja kuat, bersifat terbuka dengan idea dan pemikiran maju serta bersatu padu, UMNO akan pasti menjadi lebih utuh dan baik.

“Allah, bantulah kami memelihara UMNO ini dengan sebaiknya, amin,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat