Setiausaha Politik Buat Laporan Polis Ke Atas Sarawak Report

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie membuat laporan polis menafikan dakwaan portal Sarawak Report serta Malaysia Chronicle yang menuduhnya terlibat meluluskan geran kepada syarikat milik isterinya, Azzahra Product Sdn Bhd.

Syed Hamzah berkata, geran berjumlah RM338,950 yang diluluskan kepada syarikat isterinya tiada kaitan dengan menteri MEDAC, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan dirinya selaku Setiausaha Politik menteri berkenaan.

“Geran itu telah diluluskan SME Corp pada 10 Oktober 2017 dan menteri (Wan Junaidi) serta saya sendiri mula berkhidmat di MEDAC pada 22 April 2020. Bagaimana mungkin saya dan menteri terlibat dengan kelulusan geran pada empat tahun lepas?” katanya.

“Yang jelas, saya telah meletakkan jawatan daripada syarikat itu (Azzahra Product Sdn Bhd) pada 23 November 2015.

“Ini bermakna saya sudah tidak lagi memiliki apa-apa saham dan kepentingan di dalam syarikat tersebut sejak 2015 hingga sekarang

“Laporan yang saya buat hari ini mewakili menteri dan diri saya,” jelasnya pada sidang media di hadapan Balai Polis Dang Wangi.

Sementara itu, peguam Zamri Idrus berkata, fakta dan dakwaan yang dikeluarkan oleh Sarawak report dan Malaysia chronicle adalah jelas cuba memanipulasi keadaan dan berunsur fitnah.

“Kita mahu portal itu menarik semula kenyataan yang dikeluarkan dan membuat permohonan maaf,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat