Penjawat awam tak sebulu dengan kerajaan boleh letak jawatan – Hadi Awang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu penjawat awam mengikut arahan kerajaan yang dikuasai parti-parti yang memerintah walaupun mereka tidak menyokong parti yang membentuk kerajaan itu.

Beliau yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri menegaskan sekiranya, penjawat awam tidak selesa dengan kerajaan bukan daripada parti yang disokong mereka, secara moral mereka boleh meletakkan jawatan.

“Mengikut peraturan, pegawai yang dikekalkan itu mestilah mengikut arahan kerajaan yang dikuasai oleh parti yang memerintah, walaupun mereka tidak menyokong parti yang menjadi kerajaan.

“… secara moral mereka boleh sahaja meletakkan jawatan dan tidak memegang jawatan mengikut kemahuannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya semalam.

Abdul Hadi seterusnya menggunakan contoh seorang pemain bola sepak profesional dari Kedah yang menerima tawaran bermain di Selangor dengan bayaran lebih mahal.

“Dalam perlawanan bola sepak antara negeri asalnya iaitu Kedah dengan pasukan bola sepak negeri Selangor, tiba-tiba dia menyerang pintu gol Selangor untuk memenangkan pasukan negeri asalnya.

“Ini adalah suatu perkara yang salah dari segi moral.

“Begitulah mereka yang menyokong Pakatan Harapan (PH) dan berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), tiba-tiba mengikut arahan PH yang sudah tidak menjadi kerajaan lagi,” katanya.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu pada tahun 2018, PH berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Namun menerusi langkah Sheraton, pada 2020, dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak meninggalkan Bersatu selepas presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu membuat keputusan untuk keluar PH, gabungan itu tumbang.

Pada Mac tahun itu, Bersatu bersama BN, PAS, GPS dan parti dari Sabah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, hubungan antara Umno dan Bersatu retak apabila kedua-dua parti tidak lagi sehaluan selepas membentuk kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat