Awie akan beri kerjasama penuh!

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Wakil kepada penyanyi rock legenda, Datuk Awie iaitu Mubarak Akhtar memaklumkan, penyanyi terkenal berkenaan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung siasatan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang tular menerusi satu video pendek, sejak semalam.

Akhtar ketika dihubungi berkata, pihaknya dan juga penganjur, LaCrista Hotel akan dipanggil  untuk memberi kenyataan selewat-lewatnya, esok.

“Pihak kami akan dipanggil untuk memberikan kenyataan selewat-lewatnya esok. Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada Harian Metro.

Video berdurasi 42 saat yang mencetuskan kontroversi itu diambil di majlis berbuka puasa yang menjadi sebahagian daripada acara Misi Kemanusiaan Datuk Awie Bersama Sayap-Sayap Wings yang berlangsung di Melaka pada 7 Mei lalu.

Acara itu berlangsung bagi merai dan memberi sumbangan kepada komuniti penarik beca yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan juga beberapa fasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Golongan penarik beca mungkin kurang mendapat perhatian, tetapi, Awie nampak kesan Covid-19 ini terhadap komuniti terbabit. Kebanyakan mereka terjejas teruk, kerana pendapatan yang bergantung kepada sektor pelancongan.

“Apabila PKP dan rentas negeri tidak dibenarkan, itu memberi kesan kepada pendapatan mereka. Ada yang hilang mata pencarian. Jadi, menerusi acara ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka,” katanya.

Dalam misi kemanusiaan itu, Awie bersama pasukannya menyerahkan sumbangan berupa wang tunai sempena Aidilfitri serta barangan keperluan kepada kira-kira 200 penarik beca, di samping meraikan mereka dalam majlis berbuka puasa di hotel.

Selain itu, misi berkenaan juga turut membawa Awie dan pasukannya untuk menghulurkan bantuan di rumah warga emas dengan kapasiti 200 penghuni yang terletak di Cheng.

Tidak hanya itu, seramai 100 orang pelajar tahfiz di kawasan Durian Tunggal juga menerima sumbangan sempena Aidilfitri dalam misi yang mendapat kerjasama daripada pemilik LaCrista Hotel, Datuk Rosthman serta Haji Hasif.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat