Dian Sastrowardoyo pernah nak bunuh diri

- Advertisement -

Jakarta: Pelakon Dian Sastrowardoyo, 39, mendedahkan dia pernah terdetik untuk membunuh diri sewaktu di sekolah menengah selepas bapanya meninggal.

Hal itu didorong rasa kemurungan serta tertekan akibat pemergian bapa tercintanya yang meninggal disebabkan penyakit hati serta ketiadaan ibunya di sisi, meratapi kehilangan itu.

Ibunya kebetulan berada di luar negara atas urusan kerja, membuatkan Dian merasa kehilangan kedua orang tuanya. Apalagi, pelakon Ada Apa Dengan Cinta itu adalah anak tunggal.

“Ketika itu, ibu baharu saja ke luar negara beberapa hari sebelum bapa meninggal. Rasa takut sangat hingga jadi kemurungan dan tertekan.

“Sampai saya terfikir lebih baik bunuh diri saja. Mungkin, itu lebih mudah,” katanya.

Bagaimanapun, Dian bersyukur fikiran positifnya lebih menguasai diri ketika itu. Dia pun tidak sanggup dan tergamak meninggalkan ibunya sendirian selepas itu.

“Mujur saya kembali berfikir dengan munasabah. Saya lebih sayangkan ibu dan tidak sanggup memikirkan apabila dia pulang nanti, tiba-tiba saya sudah tiada,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat