Najib Saran Ahli dan Pemimpin UMNO Bantu Kerajaan PN Salur Maklumat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin UMNO dan ahli akar umbi yang tidak berjawatan dalam kerajaan Persekutuan mahupun negeri, mempunyai dua tanggungjawab utama kepada rakan mereka alam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bekas Presiden UMNO itu berkata, peranan itu, pertamanya, membantu rakan parti yang ada dalam kepimpinan kerajaan sekarang dengan menyalurkan maklumat supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Katanya, mereka juga disarankan agar mengemukakan cadangan yang dapat membantu rakyat dan peniaga kecil ketika negara berdepan dengan kegawatan ekonomi masa ini.

“Peranan kedua ialah bersuara dan berjuanglah untuk rakyat, di mana ada baiknya (pentadbiran kerajaan PN), kita puji dan sebarkan, di mana ada kekurangan, kita tegur dan berikan cadangan.

“Jika perlu kita memperjuangkan habis-habisan demi rakyat. Jangan sesekali kita berhenti berusaha dan hanya mendiamkan diri,” katanya pada perutusan sempena Ulang Tahun UMNO ke-74 yang disiar secara langsung menerusi Facebooknya, hari ini.

Najib yang merupakan bekas Perdana Menteri berkata, selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah, negara dalam dalam keadaan kucar kacir sehingga rakyat hidup dan kesengsaraan.

“Kita tahu selama 22 bulan PH memerintah, kucar kacir negara kita, sesak dan sengsara hidup rakyat. Hutang negara meningkat, bantuan rakyat dipotong, aset demi aset milik kerajaan dijual, kos sara hidup meningkat, pembangunan terhenti, pemimpin PH berebut kuasa dan macam-macam berlaku.

“Sepanjang tempoh ini setiap saya menulis di Facebook, memberi pandangan dan ramai juga ahli UMNO menyokong dan berjuang bersama saya.

“UMNO perlu ingat, asas perjuangan kita adalah untuk rakyat, ini penting. Agenda Muafakat Nasional perlu kita perkasakan, agenda rakyat perlu kita bawa kembali ke Putrajaya setelah diabaikan sekian lama oleh kerajaan PH dahulu,” katanya.

Beliau menyatakan UMNO bukan milik individu, sebaliknya milik rakyat dan akar umbi yang setia.

“Sedar tak sedar kita kini menyambut ulang tahun UMNO ke-74. Lama juga kita tidak berhimpun dan berjumpa, terakhir PAU tahun lepas. Tak mengapalah walaupun tidak dapat bersama, namun, saya percaya ahli UMNO tetap teguh dan setia kepada perjuangan kita untuk rakyat,” katanya.

Najib turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan PN sehingga ini dilihat mampu mengurus negara ketika berdepan dengan bencana pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara.

Cuma, katanya, hala tuju dan masa depan negara yang seharusnya menjadi keutamaan kerajaan, bagaimana mahu mengukuhkan semula ekonomi negara pasca Covid-19.

“Banyak kerja dan tugas berat yang perlu ditanggung dan diuruskan oleh kerajaan dan UMNO terus buktikan peranan tradisi parti keramat ini membantu negara yang berdepan Covid-19 terutama di bulan Ramadan ini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat