96 Pesakit Covid-19 Pulih, 67 Jangkitan Baru Hari Ini – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 96 kes jangkitan COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj wad, hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj dari wad ialah sebanyak 5,025 atau 75.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat jam 12 tengah hari tadi, 67 kes baharu dilaporkan, termasuk 49 membabitkan bukan warga negara.

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia ialah sebanyak 6,656 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 1,523 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, hingga kini, 18 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk enam memerlukan bantuan pernafasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat