Lim Kit Siang Dan Taruhannya – Tok Mat

- Advertisement -

Datuk Seri Mohamad Bin Hassan

Pada 10 Mei 2019, semasa pilihanraya kecil Sandakan, Lim Kit Siang mengajak saya bertaruh bahawa Tun Mahathir akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

Ini berikutan kenyataan saya bahawa saya tidak yakin bahawa Tun Mahathir akan menunaikan janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas dua tahun.

Lim Kit Siang berkata bahawa beliau lebih mempercayai Tun Mahathir. Sebagai taruhannya, beliau akan bersara dari politik dan tidak akan bertanding dalam PRU ke 15 sekiranya Tun Mahathir tidak menunaikan janjinya.

Cabaran beliau ialah untuk saya menarik diri dari politik dan tidak bertanding dalam PRU ke 15. 

Pada hari ini 10 Mei 2020, Anwar menjadi Ketua Pembangkang. Tun Mahathir bertarung untuk menyelamatkan PPBM dan Lim Kit Siang kembali menjadi Ahli Parlimen pembangkang.

Demikianlah melesetnya ramalan Lim Kit Siang sebagai ‘supremo’ politik’ DAP. Lim Kit Siang telah banyak kali berjanji akan mengundurkan diri dari politik, namun ia tidak pernah di kotakan.

Beliau terus-terusan bertanding dalam pilihanraya seakan DAP ini tidak boleh kemana tanpa nya. 

Perjalanan politik beliau selalu diwarnai dengan taruhan, janji palsu dan kemungkiran. 

Kerana itu saya tidak suka bertaruh dengan beliau kerana saya tahu, taruhan politik beliau harganya ialah kemungkiran.

Hari ini, saya menunggu ajakan beliau bertaruh semula. Entah apa pula cabaran beliau untuk saya kali ini.

Ohh sebelum saya lupa, terlintas dalam fikiran saya apakah beliau masih mempercayai Tun Mahathir sepertimana kepercayaan yang beliau zahirkan setahun lepas di Sandakan.

Saya pasti kepercayaanya masih menebal!

https://www.sinarharian.com.my/article/27470/BERITA/Nasional/Serah-jawatan-PM-kepada-Anwar-Kit-Siang-ajak-Tok-Mat-bertaruh

*Penulis adalah Timbalan Presiden UMNO

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat