Tempoh Rayuan Bantuan BPN Dilanjutkan Hingga 31 Mei Ini – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil maklum mengenai rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atas pelbagai sebab.

Jelas beliau, antara isu itu kerana maklumat yang diisi pemohon tidak lengkap selain ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.

Menurutnya, ada juga antara yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajari dan permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran itu bagi kategori bujang ditolak.

“Ini antara sebab-sebab permohonan ditolak. Mengambil kira semua perkara ini, YB Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei ini.

“Selain menghantar emel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula esok.

“Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, bolehlah pergi ke kaunter LHDN pada hari Selasa ini. Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, Insya-Allah boleh diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen dan media sosial di sini hari ini.

Muhyiddin turut memaklumkan, kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.7 billion semalam.

Jelas beliua, dengan kelulusan tersebut, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 billion.

Semalam, ada dalam kalangan warganet meluahkan rasa kecewa kerana rayuan BPN ditolak atas alasan yang tidak munasabah bagi mereka.

Ramai pemohon meluahkan perasaan tidak puas hati Facebook kerana mendapati antara alasan rayuan ditolak adalah kerana pasangan pemohon turut mendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedangkan perniagaan dijalankan adalah kecil-kecilan dan tidak aktif.

Tetapi ada juga pasangan yang ada SSM tetapi dapat BPN. Bagi rakyat status bujang, ada yang sepatutnya dapat RM800 tetapi dapat RM500 sahaja.

Ada juga yang lulus dan sudahh dapat ketika peringkat pertama, tetapi tidak lulus untuk pusingan kedua kerana ada SSM.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat