Minyak kita tak lalu Selat Hormuz! – Exco Terengganu desak turunkan harga minyak

KUALA LUMPUR – Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim menegaskan bekalan minyak Malaysia tidak melalui Selat Hormuz.

Justeru AJK Pas Pusat itu berkata, adalah tidak wajar kerajaan menunggu kapal tangki lepas melalui Selat Hormuz untuk menurunkan harga minyak.

“Kenyataan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa kenaikan harga minyak tak sepatutnya berlaku kerana negara kita ada produk sendiri adalah tepat dan disokong dengan fakta.

“Di Perairan Terengganu terdapat kira-kira 120 buah pelantar minyak yang sedang beroperasi. Saya tak nyatakan angka dengan tepat kerana bilangan pelantar sentiasa bertambah dan berkurang bila ada yang ditutup dan ada pelantar baru dibuka.

“Minyak mentah dari pelantar akan disalur ke Loji Penapisan Minyak Petronas Kerteh samada melalui saluran paip dasar laut atau kapal tangki. Di Loji Kerteh ini minyak mentah diproses menjadi pelbagai produk petroleum untuk kegunaan negara kita.

“Kenapa nak tunggu kapal tangki lepas lalu Selat Hormuz baru nak turunkan harga minyak?

“Saya ulang! Minyak kita tak lalu Selat Hormuz! kata Azman.

Dalam kenyataan sebelumnya, Adun Jabi itu menegaskan, konflik di Teluk Parsi bukannya jauh malah ia sangat dekat dengan kita disebabkan impak langsung yang melanda negara dan seluruh dunia.

Kata Azman, jangan ingat orang yang tak ada kenderaan diesel tak terkesan apa-apa dengan kenaikan menggila harga diesel. Kesan boleh berlaku samada kesan langsung atau impak domino.

“Kenyataan kononnya semua minyak keluaran Malaysia dieksport keluar negara dan kita beli minyak dari luar untuk kegunaan tempatan adalah tidak benar.

“Hakikatnya minyak mentah yang disalurkan dari pelantar minyak di luar Pantai Terengganu ke Loji Pemprosesan Petronas di Kerteh Terengganu ada yang diproses untuk kegunaan dalam negara.

“Memang ada yang dieksport tapi bukan semua. Minyak mentah yang diimport dari Negara Arab dihantar ke Loji Pemprosesan seperti di Pengerang,” dakwanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat