KPDNHEP Gagalkan Usaha Seludup 653kg Minyak Masak Dari Terengganu Ke Thailand

- Advertisement -

TUMPAT – Permintaan tinggi dari negara jiran mendorong seorang penyeludup mendapatkan bekalan minyak masak peket dari luar Kelantan untuk diseludup menerusi Sungai Golok di daerah ini.

Bagaimanapun modus operandi yang dilakukan itu tidak berhasil apabila kenderaan yang sarat memuatkan 653 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi ditahan di Kampung Bendang Pak Yong, di sini, 10.30 pagi tadi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Azanizam Affendi Juri berkata, penahanan itu dilakukan bersama anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat hasil maklumat risikan.

“Kereta Proton Iswara itu dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan di bahu jalan di Kampung Bendang Pak Yong, namun pemandunya berjaya melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu, kami menjumpai minyak masak bersubsidi anggaran 653kg disyaki untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran.

“Nilai rampasan barangan kawalan minyak masak peket satu kg bersubsidi yang disita itu dianggarkan RM1,632.50 manakala kenderaan pula RM4,000 menjadikan keseluruhannya berjumlah RM5,632.50,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azanizam Affendi berkata, daripada jenama dan pembungkusan, minyak masak terbabit diperoleh dari luar Kelantan iaitu dibawa masuk daripada Terengganu.

Menurutnya, tindakan lelaki itu mendapatkan bekalan minyak masak dari luar Kelantan adalah mungkin disebabkan pembekal di negeri ini yang tidak berani menjual secara borong kepada individu.

“Minyak masak negara kita memang menerima permintaan sangat tinggi di Thailand dan dijual dua kali ganda daripada harga di sini iaitu mencecah RM5 sekilogram.

“KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau peniaga yang ingkar,” katanya. – HMetro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat