Isu Kereta Cikgu Chandra Dibakar: PAS Desak Tindakan Tegas

CYBERJAYA – PAS menegaskan bahawa tindakan ganas seperti pembakaran kenderaan yang dilaporkan berlaku ke atas seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra adalah tidak boleh diterima dalam negara berasaskan undang-undang dan keamanan.

Dalam kenyataan yang dimuat naik ke Facebook, Ahli Parlimen Pasir Mas merangkap Ketua Penerangan PAS Malaysia menekankan bahawa semua pihak dan rakyat perlu kekal tenang serta tidak bertindak di luar batas kewarasan.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera, telus dan menyeluruh, bagi memastikan individu atau kumpulan yang terlibat dapat dikenalpasti dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Ahmad Fadhli Shaari juga menegaskan bahawa mengambil undang-undang ke tangan sendiri hanya akan memburukkan keadaan dan membuka ruang kepada unsur provokasi serta ekstremisme. Semua pertikaian atau ketidakpuasan hati sepatutnya disalurkan melalui saluran undang-undang yang sah.

Menurut beliau, apabila negara bergolak, pihak tertentu mungkin cuba mengambil kesempatan untuk mencapai agenda mereka sendiri. Keadaan seperti ini, jika tidak ditangani, berisiko menjejaskan keselamatan awam dan kestabilan negara.

“Negara tidak boleh dibiarkan sehingga terpaksa diisytiharkan darurat. Sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal sehingga membawa kepada darurat, rakyat dan negara akan menanggung kerugian besar dari segi kestabilan, ekonomi dan kehidupan masyarakat. Oleh itu, semua pihak perlu bertindak secara rasional dan bertanggungjawab demi memastikan keamanan negara terus terpelihara,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat