Bermewah luar kemampuan punca penjawat awam buat pinjaman berlebihan hingga bankrap – KSN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kakitangan awam perlu berbelanja mengikut kemampuan sendiri.

Kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, desakan hidup termasuk status sosial serta kegagalan menguruskan kewangan sendiri antara punca ramai kakitangan awam di semua peringkat membuat pinjaman kewangan berlebihan sehingga bankrap.

“Terdapat kakitangan awam dianugerahkan kemahiran menguruskan berjuta ringgit wang kerajaan, namun pada masa sama dia tidak mampu menguruskan wang miliknya sendiri hingga akhirnya menyebabkan mereka terpaksa membuat pinjaman.

“Kita sepatutnya hidup atas kemampuan kita, kalau kita mampu pakai telefon bimbit jenama Xiaomi, jangan cuba pakai jenama iPhone.

“Terdapat juga di kalangan kakitangan awam yang suka bermewah dari segi penampilan, sebagai contoh sekiranya mereka mampu memiliki kereta Perodua Myvi, janganlah cuba pakai Toyota Vios,” katanya pada Program Rahmah Ramadan Madani Ketua Setiausaha Negara Kampung Tanjung Batu, Nenasi, di Pekan Pahang semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali.

Sempena program berkenaan turut diadakan majlis berbuka puasa, agihan bubur lambuk kepada pengguna Jalan Pekan-Nenasi, bantuan makanan asas kepada 100 penduduk miskin dan ziarah prihatin.

Shamsul Azri menambah, Peraturan Pegawai Awam (kelakuan tatatertib) menetapkan potongan pinjaman perlu berada sekurang-kurangnya pada paras 40 peratus daripada emolumen bulanan kecuali menunaikan haji dan pembelian rumah. Sekiranya peraturan ini diikuti risiko pengisytiharan kebankrapan dapat dibendung.

“Arahan telah dikeluarkan pada ketua jabatan. Mereka perlu menghantar kakitangan yang berhadapan masalah kewangan mendapat khidmat kaunseling dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

“Saya berharap risiko pengisytiharan kebankrapan yang tanggung kakitangan awam di negara ini

dapat terus bendung dalam memastikan tumpuan golongan terbabit terhadap tugas tidak terjejas,” katanya lapor Harian Metro.

Sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk M Bakri Abd Majid mendedahkan gaya hidup golongan muda hari ini yang suka ‘menunjuk-nunjuk’ menjadi punca ramai antara mereka terjerat dengan masalah kewangan, seterusnya diisytiharkan bankrap.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat