PM Ajak Rakyat Doakan Keselamatan Mangsa Tanah Runtuh Di Ampang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama mendoakan mangsa-mangsa yang masih dicari dalam kejadian tanah runtuh di di Taman Bukit Permai 2, Ampang dapat diselamatkan.

Dalam kenyataan ringkas di laman Facebook, Ismail Sabri berkata beliau mendapat berita sedih mengenai kejadian tanah runtuh itu yang mengakibatkan empat mangsa dipercayai tertimbus, membabitkan 15 rumah dan 10 kenderaan.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat terus melakukan kerja-kerja menyelamat secara pantas dan dalam usaha mencari mangsa,” katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi ketika ini mendapati pasukan penyelamat yang terdiri daripada bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Rakyat sedang sibuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan masih belum ditemukan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
2,269FollowersFollow
27,593FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat