JAKIM Kini Diletakkan Bawah Kuasa Majlis Raja-Raja Melayu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini diletakkan di bawah kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu.

Keputusan itu dibuat hasil pertemuan membabitkan Raja-raja Melayu dan jabatan berkenaan pada Khamis.

Memetik laporan The Star, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Pengerusi Majlis Agama Nasional dan akan mengetuainya untuk tempoh dua tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula akan menjadi timbalan pengerusi.

Difahamkan, sumber istana memberitahu, keputusan itu mengesahkan kuasa Raja-raja dalam hal berkaitan agama Islam.

“Ia akan membantu membersihkan sebarang keraguan dan kekeliruan mengenai bidang kuasa dan kuasa Jakim,” kata sumber berkenaan.

Sebelum ini, Jakim diletakkan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Perdana Menteri. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat