Pentas apresiasi Rootstalk

- Advertisement -

Band Rootstalk diasaskan Apiq yang juga pemain gitar pada penghujung 2008 ini bertemakan modern reggae dan mereka mula bergerak di beberapa gig sekitar ibu kota.

Bagaimanapun, atas beberapa sebab mereka berpecah sekitar 2010.

Apiq sebaliknya tidak putus semangat dan pada 2011, Rootstalk kembali dengan barisan anggota baharu untuk Reggae Fest project di bawah kendalian Jahvalion.

‘Line-ups’ yang kekal sehingga sekarang ialah Apiq Sulaiman (penyanyi), Ery Haidar (penyanyi), Johan Othman (dram), Wan Mohd Fadhli (gitar utama), Amir Rashid (bass), NorAzizi EG (perkusi), Azrul ‘Kurt’ Anuar (keyboard) dan Fitri Rosley (gitar kedua).

Apiq berkata, antara pentas besar yang pernah mereka membuat persembahan ialah KL Reggae Fest pada 2011, Asian Reggae Fest (2012), Skanking Fest Prelude (2016), Rimba Reggae Fest (2017) serta aktif dengan gig di tanah air antara 2011 hingga tahun lalu.

“Pada 2017, Rootstalk muncul dengan EP pertama berjudul Memoirasta yang memuatkan lima lagu iaitu Oh Hati, Memoirasta, Enough, Cicee dan Mr Arjuna,” katanya.

Baru-baru ini, Rootstalk terbabit menjayakan Suntone Reggaefest yang berlangsung di Panggung Asia, Gombak.

 

GAYA tersendiri Rootstalk.
GAYA tersendiri Rootstalk.

 

“Alhamdulillah penganjuran itu berjaya mencapai matlamat. Persembahan kali ini adalah pentas apresiasi Rootstalk terhadap band reggae tempatan yang lain beserta sambutan ulang tahun ke-10 kami dalam ‘scene’ reggae.

“Kami turut menjemput beberapa rakan dari band lain untuk turut serta dengan Rootstalk di Suntone Reggaefest. Antaranya Dodd (penyanyi Skudap Skudip), Along (Rasta Syndicate), Apek (Sharp Shooter) dan Bob (Akar Kayu)

“Selain mereka, band lain yang turut serta ialah Republic of Brickfields, Rosewood, Coca d Monday, The Island, Highbiscus, Buzzkill, The Ghetto, Banyak Bunyik Republik dan JAHVALION,” katanya.

Rootstalk boleh dihubungi di beberapa platform media sosial seperti Instagram (@roostalkband), Facebook (The Rootstalk) dan YouTube (The Rootstalk).

 

AKSI Rootstalk atas pentas.
AKSI Rootstalk atas pentas.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat