Bimbang gelombang Omicron, PH desak tangguh PRN Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendesak kerajaan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan gelombang varian Omicron Covid-19.

Dalam kenyataan bersama, PH menegaskan mereka memandang serius gelombang Covid-19 dengan varian Omicron yang sudah bermula dengan jumlah kes mencecah 17,000 semalam.

“Demi memastikan keadaan ini tidak diperalatkan untuk tujuan politik maka Kerajaan harus pertimbang untuk menangguhkan PRN Johor.

“Sekiranya Kerajaan enggan menangguhkan dan ingin memberi kelonggaran seperti negara Barat maka kempen terbuka termasuk ceramah harus dibenarkan.

“Yang pasti Perintah Kawalan Pergerakan penuh (total lockdown) tidak boleh dikenakan kerana terbukti gagal sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, PH juga memberikan amaran agar Kerajaan tidak menyalahgunakan penguatkuasaan saman ke atas individu dan perniagaan, tetapi sebaliknya memberi fokus kepada pendidikan dan kesedaran untuk menangani cabaran gelombang Omicron ini yang rata-rata bergejala ringan.

“Jangan lah kerana nak bunuh nyamuk, habis kelambu dibakar,” tegas Majlis Presiden PH lagi.

Sementara itu, Majlis Presiden PH turut mengambil maklum siri libat urus berhubung Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti bersama Ahli-Ahli Parlimen yang telah diadakan di Parlimen semalam.

“RUU Anti-Lompat Parti ini bertepatan dengan hasrat Pakatan Harapan dan Kerajaan seperti yang termaktub di dalam Perkara 2.1, Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Kerajaan dan PH.

” Perkara 2.4 menyatakan bahawa RUU ini perlu dibentang dan diluluskan di Parlimen dalam tempoh tidak lewat dari Mesyuarat Pertama Parlimen, iaitu sebelum atau pada 24 Mac 2022.

“Oleh itu, Majlis Presiden berpandangan bahawa RUU Anti Lompat Parti perlu dilaksanakan seperti yang dipersefahami di dalam MOU tersebut,” katanya.

Selain itu, Majlis Presiden PH memaklumkan telah mengadakan mesyuarat berkala semalam berhubung PRN Johor.

Hal demikian, Majlis Presiden telah memutuskan bahawa PH akan menyediakan siri tawaran di bawah kempen ‘Johor Bangkit: Maju, Bermaruah’.

“Ini merangkumi aspek pembangunan ekonomi, pemantapan sosial, serta reformasi politik yang akan diumumkan sebelum bermulanya kempen pilihan raya.

“Majlis Presiden juga memutuskan untuk mengadakan siri jelajah penamaan calon-calon Pakatan Harapan bagi DUN-DUN yang ditandingi sejurus selepas calon parti-parti dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Ini demi menyatakan kesediaan PH menawarkan saf kepimpinan yang mampu membentuk Kerajaan Negeri Johor yang lebih stabil dan bersedia membangunkan Johor pasca pandemik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat