KPM: Tidak wajib periksa suhu badan mulai 11 Februari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Berkuatkuasa mulai 11 Februari ini pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke premis institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) adalah tidak diwajibkan.

KPM dalam kenyataan pada Khamis membuat ketetapan sedemikian merujuk kepada pengumuman Menteri Kanan Pertahanan pada 8 Februari 2022 berkaitan pemansuhan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk ke mana-mana premis berkuat kuasa mulai 11 Februari 2022.

Namun, KPM menegaskan, semua guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP), pekerja perkhidmatan sokongan dan pelawat masih diwajibkan untuk mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis institusi pendidikan bawah KPM.

“Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa/penjaga dimohon untuk memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum hadir ke sekolah. Murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif COVID-19 serta tinggal serumah adalah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.

“Tahap kesihatan murid semasa berada di sekolah akan dipantau secara berterusan bagi memastikan murid yang bergejala diasingkan di bilik isolasi untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Selain itu, KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat