Rapid KL lancar tren & bas tema ‘Mechamato’ pertama di Malaysia

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Rapid KL jenama pengendali perkhidmatan rel dan bas di Lembah Klang melancarkan tren dan bas bertemakan ikon superhero Malaysia ‘Mechamato’ sebagai inisiatif terbaru untuk memikat generasi muda, khususnya kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun.

Selain itu, kepada golongan Generasi Z terhadap ikon budaya pop tempatan sambil merancakkan penggunaan pengangkutan awam.

Inisiatif kolaborasi bersama adiwira ‘Mechamato’ ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan pengangkutan awam lebih menarik dan pengalaman perjalanan yang menyeronokkan.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail (LRT), Nor Azmi Mohd Yusof, berkata demikian ketika berucap ketika sesi pelancaran Rapid KL x Mechamato di Stesen Monorel Hang Tuah dekat sini, pada Khamis.

“Pelancaran ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menjadikan pengangkutan awam lebih kreatif dan menarik kepada generasi muda.

“Inisiatif ini diharapkan dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan generasi muda dan pada masa sama, mempromosikan hasil karya anak Malaysia kepada masyarakat.

“Menerusi kolaborasi dengan syarikat animasi tempatan Monsta Studios Sdn. Bhd (Monsta), sebanyak tiga buah tren dan tiga buah bas dibalut dengan pelekat bertemakan Mechamato,”katanya.

Selain itu, orang ramai diajak mengikuti aktiviti Ride & Catch: Robot Hunt with Mechamato bermula 7 Januari sehingga 31 Mei ini seterusnya berpeluang memiliki hadiah eksklusif daripada Rapid KL x Mechamato.

“Dengan pelancaran tren dan bas bertema ini, Rapid KL berharap dapat menjadikan pengalaman menggunakan pengangkutan awam lebih menarik dan menyeronokkan, selain menarik minat khususnya kanak-kanak yang mungkin belum pernah menggunakan pengangkutan awam,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Monsta, Kee Yong Pin berkata, pihaknya berasa teruja menjalin kerjasama dengan Prasarana, dan kini semua berpeluang untuk melihat Mechamato’ dengan lebih dekat lagi di dalam tren dan bas Rapid KL.

“Kolaborasi ini diharap dapat menggalakkan lagi penggunaan pengangkutan awam di kalangan masyarakat, khususnya kanak-kanak dan keluarga, serta menanam rasa bangga terhadap pencapaian karya tempatan di pentas global, ”katanya.

Menerusi kenyataan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) memaklumkan, serentak dengan pelancaran ini, Rapid KL akan menganjurkan aktiviti Ride & Catch: Robot Hunt with Mechamato bermula dari 7 Januari sehingga 31 Mei ini.

“Pengguna Rapid KL yang membeli pas harian MyCity boleh mendapatkan pasport ‘stamp-rally’ khas di stesen terpilih.

“Dengan mengumpul sekurang-kurangnya 12 cop dari 15 stesen, pengguna berpeluang menebus hadiah eksklusif MechaTrain selepas memburu robot jahat.

“Antara stesen terlibat, *LRT Ampang, LRT Maluri, LRT Bukit Jalil, LRT Chan Sow Lin, *LRT Sri Petaling, LRT Kg. Baru, *LRT Ampang Park, LRT Bangsar, *LRT Kelana Jaya, LRT Taman Jaya, *Monorel KL Sentral , Monorel Bukit Bintang, Monorel Bukit Nanas, Monorel Hang Tuah, dan *Monorel Titiwangsa. (Stesen yang bertanda * adalah stesen untuk penebusan pasport dan hadiah).

“Sesi bertemu peminat bersama Mechamato di stesen terpilih bakal berlangsung sepanjang bulan Januari hingga Mei 2025.

“Tarikh dan lokasi sesi ini akan dimaklumkan menerusi platform media sosial Rapid KL,”tambahnya.

“Aktiviti ini diadakan bagi memberi peluang peminat berfoto bersama adiwira kegemaran mereka serta mengajak orang ramai menyertai keseronokan aktiviti Ride & Catch: Robot Hunt with Mechamato.

“Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran para pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2).

“Rapid KL berharap kempen seperti ini dapat meningkatkan jumlah pengguna bas dan rel terutamanya dalam kalangan generasi muda dan orang kelainan upaya (OKU) kerana semua fasiliti Rapid KL bersifat universal akses yang mesra OKU.

“Untuk sebarang pertanyaaan atau maklumat lanjut mengenai kempen ini dan jadual aktiviti, sila layari laman web rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my/mechamato atau ikuti media sosial Rapid KL, ”tambahnya lagi. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat