Itu cuma dalih Pas, dulu paling kuat belasah Najib – Mujahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rakyat perlu kenal watak dan keperibadian sebenar Pas agar tidak terperangkap dengan sandiwara dan permainan politik yang selalu berubah mengikut musim serta kepentingan sempit politik.

Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, perhimpunan Solidariti Najib dan isu addendum dijadikan dalih untuk menutup segala kelemahan Pas sedangkan pemimpin-pemimpin parti itulah yang paling kuat membidas Datuk Seri Najib ketika isu 1MDB meletus dahulu.

Dakwa Mujahid, laungan dan retorik Islam Pas hanyalah ibarat tin kosong kerana hakikatnya perhimpunan tersebut semata-mata bertujuan untuk meraih sokongan melalui pendekatan politik murahan.

“Amanah kesal dengan tindakan Pas menyertai Perhimpunan Solidariti Najib yang dijadikan medan memburukkan serta memfitnah Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebagai parti Islam, Pas mengamalkan politik Machiavelli, iaitu matlamat menghalalkan cara yang kononnya ditentang selama ini.

“Hakikatnya, Pas hanyalah menggunakan prinsip hukum mengikut selera dan jelira rasa politiknya sekali gus mahu mencetuskan polemik politik untuk membelasah Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri, merelakan dirinya menjadi batu api untuk menggugat kestabilan negara,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah Mujahid lagi, sungguhpun Ketua Polis Negara telah mengarahkan agar perhimpunan itu dibatalkan, Pas tetap meneruskannya demi mencapai matlamat dan kepentingan politik sempit dan bersifat peribadi.

“Oleh itu, Pas tidak layak menjadi ‘role model’ parti yang memperjuangkan Islam, jauh sekali perjuangan Melayu.

“Pas hanyalah parti politik oportunis tanpa panduan prinsip dan nilai-nilai Islam sebenar,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat