Pemantauan berterusan projek di Cameron Highlands selaras titah Agong – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mencadangkan penubuhan satu pasukan pemantauan khas yang terdiri daripada pelbagai agensi yang diketuai oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Pahang bagi melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala di Cameron Highlands.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penubuhan pasukan khas ini juga dijangka dapat memastikan sebarang projek yang tertakluk kepada keperluan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling, Environmental Impact Assessment (EIA)
daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) terlebih dahulu sebelum diluluskan dan juga penilaian bahaya dan risiko tanah runtuh oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sebelum pelaksanaan oleh agensi-agensi berkenaan.

“Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim segera bertindak melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong seperti yang disiarkan di laman sesawang Malaysiakini pada 7 Januari 2023 bertajuk “King Wants Review Of Cameron Highlands Slope Developments”.

“Pajakan kawasan pertanian seluas 6.475 hektar berkenaan telah diberikan kepada pemaju pada 20 Ogos 2021. Pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Pahang telah menerima satu surat permohonan ulasan penilaian tapak daripada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) selepas berlakunya kejadian pertama banjir lumpur telah dilaporkan di Perumahan Pekan Kg. Raja yang melibatkan sebuah rumah pada
30 Ogos 2022. Ini diikuti oleh dua lagi kejadian tanah runtuh di kawasan yang sama pada 17 November dan 20 Disember 2022.

“Siasatan awal mendapati bahawa kejadian banjir lumpur disyaki berpunca daripada aktiviti kerja tanah pertanian berhampiran kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Nik Nazmi lagi, berdasarkan l rekod JMG, kawasan tersebut diberikan penarafan bahaya tanah runtuh tahap sederhana – tinggi.

Jelasnya, ini diburukkan lagi dengan kerja-kerja tanah yang tidak mengikut amalan terbaik dan menyumbang kepada kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur kepada kawasan tadahan di bawah di mana terdapat penempatan penduduk.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah menjalankan siasatan terhadap projek yang menyebabkan banjir lumpur di kawasan tersebut pada 20 Disember 2022. Siasatan tersebut mendapati bahawa pemaju projek tidak menjalankan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan tidak memohon kelulusan Laporan EIA, sedangkan ia perlu mendapat kelulusan Laporan EIA sebelum sebarang kerja dilaksanakan.

“Kelulusan laporan EIA merupakan input penting dalam proses perancangan dan keputusan kelulusan sesuatu projek oleh pihak berkuasa melulus. Di dalam hal ini, projek telah diluluskan tanpa EIA dan penglibatan JAS.

“Sehubungan itu, JAS telah mengambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS)
1974 iaitu mengeluarkan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 untuk memberhentikan kerja-kerja di tapak sehingga kelulusan Laporan EIA diperoleh. Pemaju juga telah diarahkan untuk melaksanakan langkah-langkah remedi mengelakkan banjir lumpur. Kertas siasatan bagi kes ini juga sedang disiapkan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah,• katanya.

Tambah beliau, siasatan JAS terhadap projek-projek pembangunan di kawasan Cameron Highlands mendapati terdapat 16 projek yang tertakluk kepada Perintah EIA 2015 dan telah mendapat kelulusan. Projek-projek ini kini dalam pemantauan berkala JAS iaitu 10 projek belum mula, satu telah beroperasi dan mash ada kerja pembinaan, serta lima lagi dalam pelaksanaan kerja tanah.

“JAS juga telah menerbitkan kaedah mengenal pasti remedi secara lebih berkesan melalui
Penilaian Impak Dari Udara (Aerial Impact Assessment – AlA) dan Pelan Tindakan Pembaikpulihan Segera (Immediate Remedial Action Plan – IRAP),” ujarnya.

Pada 6 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi di Cameron Highlands berikutan kebimbangan berlakunya bencana alam.

Al-Sultan Abdullah bertitah, segala bentuk projek di atas bukit tinggi, harus diberi perhatian yang serius kerana baginda mendapati masih terdapat projek, khususnya yang berasaskan pertanian dilihat berleluasa di Cameron Highlands.

“Cukuplah. Saya sudah cakap dulu dan sekarang. Walaupun ada kelulusan, perlu dikaji semula. Kalau tidak, mungkin kawasan ini menjadi botak dan tidak ada lagi kawasan hijau ataupun hutan atas bukit lagi.

“Sementara kajian semula, kalau perlu tangguhkan semua kelulusan untuk semua kawasan Cameron Highlands sementara ini di bukit tinggi.

“Setiap kali saya terbang ke sini, ada sahaja kawasan tinggi bukit telah dipotong. Ini satu kemusykilan bagi saya dan harap kerajaan negeri memberi penekanan dalam hal ini, kalau tidak ia akan berterusan,” titahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat