PN Dah Muktamadkan Nama Ketua Pembangkang

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perikatan Nasional (PN) telah memuktamadkan Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat yang terdiri daripada gabungan berkenaan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mendedahkan siapa yang akan mengisi jawatan berkenaan.

Menurutnya, nama Ketua Pembangkang akan diumumkan sebelum sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 19 Disember depan.

“PN sudah membuat keputusan dan akan dimaklumkan kepada media sebelum persidangan Dewan Rakyat nanti,” katanya lapor BH hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman, yang juga Ahli Parlimen Bachok pula berkata, Tan Sri Abdul Hadi Awang antara pemimpin yang mencadangkan nama Ketua Pembangkang itu.

“Mesyuarat Majlis Tertinggi PN sudah membuat keputusan dan Abdul Hadi juga turut hadir dan beliau antara yang mencadangkan nama terbabit.

“Kita cadang atas nama PN…kita tunggulah pengumuman nanti, menjelang 19 Disember ini,” katanya yang dilapor sebagai berkata.

Tuan Ibrahim yang juga ADUN Cheka, sebelum ini dipilih sebagai Ketua Pembangkang mewakili gabungan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Mengikut tradisi, Ketua Pembangkang dipilih berdasarkan parti yang diwakilinya, yang membentuk jumlah kerusi terbesar di Dewan Rakyat.

Untuk rekod, PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menang 49 kerusi, dengan menyapu bersih kerusi di Kelantan dan Terengganu.

PAS bertanding menggunakan logonya sendiri di Kelantan dan Terengganu, manakala di negeri lain menggunakan logo PN.

BERSATU pula mencatatkan kemenangan di 28 kerusi berbanding 73 kerusi yang dimenangi PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat