Saya orang perjuangan, istiqamah demi UMNO – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihanraya Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman perlu diteliti bagi melihat sentimen rakyat dalam membuat keputusan untuk memberi sokongan terhadap parti yang dipilih.

Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, dinamik sokongan tersebut penting untuk difahami terutama dalam usaha kelangsungan UMNO di masa akan datang.

“Saya sedang mengkaji dan meneliti keputusan bagi dua kerusi tersebut untuk melihat mood serta sentimen rakyat khususnya arah sokongan yang diberikan.

“Apatah lagi, ia banyak bergantung kepada ahli-ahli akar umbi yang selama ini setia kepada perjuangan serta penerimaan rakyat terhadap BN.

“Ini mesti diberi perhatian, kerana saya percaya dalam perjuangan jangan sesekali kecewakan mereka yang selama ini setia kepada parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tambah bekas menteri pertahan itu, meskipun bukan perkara mudah, semua pihak perlu melangkah ke hadapan dan tidak menunding jari menyalahkan sesiapa termasuk parti.

Sementara itu, dalam masa sama beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada anggota parlimen BN yang berada dalam kabinet kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tahu Kerajaan baru ini harus menangani dan menyelesaikan pelbagai isu serta cabaran yang amat mendesak demi rakyat dan negara.

“Antaranya, kos sara hidup dan kedudukan ekonomi semasa. Saya mendoakan agar segala ikhtiar oleh mereka yang diberikan amanah serta tanggungjawab, dipermudahkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat