Sultan Johor Sempurnakan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pasir Gudang

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di Menara Aqabah, Pasir Gudang, di sini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menurut satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Johor hari ini.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyaksikan penyerahan suratcara oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad sebelum Sultan Johor membacakan titah pengisytiharan.

Hadir sama, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani dan Datuk Bandar MBPG Datuk Asman Shah Abd Rahman.

Terdahulu, Sultan Ibrahim turut berkenan merasmikan dan melawat Galeri Bandaraya Pasir Gudang. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,503FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat