Diskaun 80 Peratus, Kaunter Saman PDRM, JPJ Sesak Dengan Orang Ramai

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kaunter saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibuka sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mendapat sambutan luar biasa sehingga sesak.

Utusan Malaysia difahamkan lapan kaunter dibuka agensi itu di dewan pameran KLCC dan semua kaunter sesak.

Seorang pengunjung, Mohd. Syanizan Md. Nor, 41 berkata, dia sanggup berbaris panjang selepas mengetahui tentang diskaun yang ditawarkan empat hari iaitu bermula hari ini sehingga Ahad.

“Saya tunggu dan berbaris sejak pukul 9 pagi. Walaupun berbaris panjang, saya perlu bersabar kerana inilah peluang untuk mendapatkan potongan denda.

“Saya tidak sangka ramai pula yang datang pada hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Asmah Hanim Ali , 33 berkata, dia berharap tempoh diskaun dilanjutkan sehingga hujung tahun bagi mengelakkan orang ramai berbaris panjang.

“Saya terkejut melihat begitu ramai orang dan sesak. Tawaran sehingga 80 peratus ini membolehkan ramai yang mampu bayar saman. Jadi adalah lebih baik saya datang ke sini walaupun mungkin terpaksa menunggu lama,” jelasnya.

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan memaklumkan selain kaunter di KLCC, pembayaran saman boleh dibuat di semua Pejabat Negeri, Cawangan JPJ dan UTC JPJ di seluruh negara serta secara atas talian melalui portal mySIKAP JPJ.- Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat