Yayasan Bank Rakyat Salur RM1,000 Seorang Kepada Pelajar Sambung Pengajian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bantuan Awal Pengajian (BAP) sebanyak RM1,000 secara one-off akan disalurkan kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Inisiatif prihatin ini disediakan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) sejumlah RM3.1 juta akan diberikan kepada pelajar dikalangan keluarga berpendapatan B40 untuk menyambung pengajian di peringkat diploma dan ijazah.

Setiap universiti diperuntukkan sebanyak RM100,000.

Sesi penyerahan bantuan awal pengajian ini disempurnakan oleh Menteri Pembangunan dan Usahawan, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalannya, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Wan Junaidi berkata, inisiatif ini sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk membangunkan dan melahirkan lebih ramai modal insan di negara ini bagi sektor tenaga mahir dan profesional tempatan serta meningkatkan pendapatan rakyat.

“Peluang untuk menimba ilmu seharusnya inklusif. Kita harus berusaha untuk memastikan faktor-faktor kemiskinan, logistik tidak menjadi penghalang bagi seseorang untuk mendapatkan ilmu dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki nasib dan status sosio-ekonomi mereka.

“Kerana itulah, saya amat mengalu-alukan usaha daripada warga korporat seperti Yayasan Bank Rakyat, untuk lebih proaktif dalam membantu pelajar-pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan juga mereka yang berasal dari kawasan luar bandar untuk melanjutkan pengjian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT),” katanya.

Beliau percaya pemberian BAP ini amat besar ertinya kepada mereka yang memerlukan dan dapat mengurangkan bebanan ibu bapa terutamanya yang terkesan akibat pandemik Covid-19 terutamanya dalam kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman.

Sebanyak 13 wakil IPTA dan IPTS turut hadir pada majlis berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat