Sah, Saarani MB Perak Yang Baharu

- Advertisement -

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan perlantikan Dato’ Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya DiRaja kepada Sultan Perak, Kol (B) Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

Didalam kenyataan Istana tersebut, Dato’ Saarani pada hemat Baginda telah mendapat kepercayaan sebahagian daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu.

“Perkara XVI, Fasal 2 (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan pada pertimbangan Baginda, Yang Berhormat Dato’ Saarani Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Undangan Negeri Perak untuk dilantik sebagai Menteri Besar,” kata kenyataan tersebut.

Majlis Istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar akan berlangsung esok, 10 Disember 2020, pada jam 11.00 pagi di Istana Iskandariah.

Datuk Saarani, 59, adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak juga pernah menjawat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semenjak 2006 hingga 2018. Jawatan terakhir beliau ialah EXCO Kanan ketika pentadbiran Dato Seri Ahmad Faizal Azumu menjadi Menteri Besar Perak yang ke-13.

Berkelulusan Diploma UiTM dalam Fizik dan Matematik dan Ijazah Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat