Ahmad Zahid Jumpa Annuar Tegur Dedah Maklumat Sensitif Parti?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengakui tidak semua kekeliruan dapat dikongsikan dengan orang awam.

Hal ini kerana katanya, meskipun mencetuskan kesamaran yang memerlukan penjelasan namun, ia harus ‘disimpan’ kerana itu adalah etika berorganisasi.

“Perkara yang penting harus dibincang dengan teliti penuh kebijaksanaan.
“Kadangkala ia sukar difahami sesetengah orang, kerana tidak semua dapat dikongsikan. Namun, begitulah etika berorganisasi.
“Apa yang penting, tugas harus dilaksanakan dengan baik,” katanya di Twitter, hari ini.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu berkongsi gambar pertemuan empat mata beliau dengan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen, hari ini.

Semalam media melaporkan, Lembaga Tatatertib UMNO sedang meneliti aduan bertulis yang dikemukakan ahli parti itu terhadap Annuar kerana didakwa mendedahkan maklumat sensitif UMNO kepada orang ramai dalam satu wawancara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat