Peja Berjiwa Besar dan ‘Gentleman’ Kata Ka Siong

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Wee Ka Siong memuji bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu kerana seorang yang berjiwa besar dan ‘gentleman’.

Menurut Ka Siong ketika Ahmad Faizal mengambil bahagian dalam perbahasan menolak usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66 (9), Belanjawan 2021 bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tiba-tiba Mantan MB Perak yang juga ahli parlimen Tambun telah memulakan mukadimah dengan berkata kemelut politik di Perak telah pun selesai.

“Saya dipujuk oleh Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Dato Seri Hj Hadi Awang dengan berkata kemelut politik di Perak telah pun SELESAI,” kata bekas Menteri Besar Perak tersebut.

Ucapan Peja itu menyebabkan Dewan Rakyat bergema dengan laungan “steady Peja”.

“Saya respect YB Peja dengan ucapannya hari ini dan juga ucapan terakhir beliau sebagai MB Perak di DUN Perak lalu,

“YB Peja benar-benar seorang pemimpin yang berjiwa besar dan ‘gentleman’,” kata Ka Siong, melalui catatan facebooknya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat