PH tak perlu jadi pro-Melayu untuk dapat sokongan, bela semua kaum – Hassan Karim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak perlu menjadi lebih pro-Melayu untuk mendapatkan sokongan Melayu sebaliknya, menumpukan kepada semua kaum untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu, adil dan demokratik.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengingatkan, sekuat mana PH ingin menjadi lebih Melayu, ia akan gagal untuk mengatasi Pas, Umno dan Bersatu yang semula jadi adalah parti Melayu.

Tegas wakil rakyat PKR itu, PH adalah parti reform yang menjanjikan harapan.

“PH tak perlu menjadi lebih pro-Melayu untuk dapat sokongan Melayu. PH perlu sedar dan realistik. Sekuat mana PH nak jadi lebih Melayu, ia akan gagal untuk mengatasi Pas, Umno dan Bersatu yang semulaj adi adalah parti Melayu.

“PH kena tumpu semua kaum, Melayu dan bukan Melayu, Bumiputera dan bukan Bumiputera bukan sahaja di Semenanjung tetapi di Sabah dan Sarawak.

“PH mesti jadi gabungan parti yang inklusif bukan eksklusif.Ini kelebihan PH yang merangkumi kesemua rakyat Muslim atau bukan Muslim; Melayu atau bukan Melayu; Bumiputera atau bukan Bumiputera di seluruh negara, Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Daripada usaha yang akan gagal untuk menjadi pro-Melayu lebih bermakna PH menumpu kepada pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu, adil dan demokratik.

“PH jangan bersikap opportunist politik.Itu bukan wajah PH.PH adalah parti reform yang menjanjikan harapan.Bolehkah PH memberi harapan jika PH hanya menumpu untuk pro-Melayu? soal Hassan dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau lagi, PH perlu melaksanakan dengan adil, telus segala perkara agenda affirmative action untuk membantu Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 153 Perlembagaan.

Katanya, pada masa yang sama golongan rakyat bukan Melayu dan bukan Bumiputera yang miskin, mundur, ketinggalan dan terabai selama ini mestilah sama-sama dibela.

“Jika PH yang sekarang berada dalam kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan agenda affirmative action untuk semua rakyat yang lemah, mundur dan miskin maka PH dilihat gabungan parti politik yang adil, bertanggungjawab kerana menganbil pendekatan politik jalur tengah yang tidak perkauman.
PH jangan buang masa seperti Parti Demokratik di Amerika Syarikat (AS) yang gagal dalam usaha cuba memikat penyokong Parti Republican.

“PH di Malaysia sekarang perlu fokus memperkuatkan basis asas sokongannya dengan dasar-dasar dan pelaksanaan sistem ekonomi yang menjanjikan agihan yang adil, dengan perlaksanaan gaji yang wajar di landasan yang betul ke arah tercapainya cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dengan rakyatnya berpendapatan tinggi.

“PH mesti menumpukan agenda ekonomi yang menjamin kos sara hidup yang wajar dan tidak membebankan rakyat.

“Jika ini dapat dicapai dalam masa yang sama kerajaan PH dilihat bersungguh-sungguh untuk menguruskan kerajaan dengan tatakelola yang baik, menentang korupsi, mengurangkan dan akhirnya menghapuskan ketirisan dalam belanjawan negara; ditambah pula dengan menyelesaikan masalah perumahan rakyat dan meningkatkan pencapaian sistem pendidikan negara.

“Maka percayalah bahawa rakyat semua kaum sama ada Melayu atau bukan Melayu; pengundi atas pagar; rakyat kelas B40, M40 dan T20 akan menyokong PH yang mengambil jalan tengah yang pragmatik dan realistik,” syor Hassan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat