YBR santuni 400 keluarga di Terengganu

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 400 keluarga berpendapatan rendah di sekitar Terengganu menerima sumbangan bakul makanan Yayasan Bank Rakyat (YBR) dalam Majlis Penyampaian Ihsan Madani yang diadakan di Kuala Terengganu, semalam.

YBR memperuntukkan RM60 ribu bagi sumbangan yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Datin Hajah Faizah Ariffin.

Menurut Faizah bantuan ini difokuskan kepada mereka yang memerlukan terutamanya dikalangan keluarga B40, fakir miskin dan ibu tunggal.

“YBR prihatin dengan kekangan yang dihadapi dan berharap bantuan ini menjadi medium yang efisien dalam membantu keluarga kurang berkemampuan untuk menyediakan keperluan asas harian terbaik untuk anak-anak”.

“Semoga bantuan bakul makanan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung serta sebagai tambahan daripada bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan.”

Sementara itu Faizah turut mengalu-alukan NGO lain yang sudi untuk berganding bahu dalam menyalurkan bantuan ini supaya dapat diperluaskan dan lebih ramai akan merasai manfaat katanya.

Turut hadir dalam majlis yang diadakan di yang diadakan di The Payang Scout Hotel itu ialah Pengerusi TEKUN Nasional, Dato’ Haji Abdullah Sani Abdul Hamid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR; Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Pada tahun 2024, YBR telah memperuntukkan hampir RM600,000.00 bagi pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutamanya dari kalangan B40.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat