Guna ‘Lahabau’ Hina Rakyat Melaka, Umno Gesa Tolak Kempen Biadap

- Advertisement -

MELAKA – Tindakan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching menggunakan perkataan ‘lahabau’ dalam bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah satu tindakan yang memalukan dan menghina rakyat Melaka, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka.

Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, cara berkempen itu memperlekehkan sikap rakyat Melaka yang asalnya terkenal dengan budi bahasa dan adab yang tinggi.

“Benar perkataan ‘lahabau’ memang sering digunakan sebagai dialog dalam perbualan harian, tapi ia hanya digunakan dalam konteks rakan karib dan gurauan sesama sendiri.

“Namun bagi orang luar atau orang yang tidak dikenali adalah sangat tidak molek untuk menggunakan perkataan seperti itu kerana ia merupakan penghinaan dan cacian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ketua Umno Bahagian Tangga Batu itu menyeru seluruh rakyat Melaka khususnya pengundi agar menolak kempen biadap dan kurang ajar parti DAP.

Terdahulu, Nie Ching memuat naik poster kempen” Lahabau Melaka, Jom Undi” di media sosialnya.

Selepas dikecam ramai, wakil rakyat DAP itu kemudian meminta maaf dan mengakui kesilapan menggunakan bahasa yang memalukan di media sosial.

Katanya, beliau cuma ingin berkempen melalui “frame” percuma yang didapati di Facebook tanpa memahami maksud sebenar perkataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat