Rafizi Ramli Sindir PH Gara-Gara Terima ‘Katak Berprinsip’

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka menyindir dan mempersoalkan keputusan pimpinan Pakatan Harapan (PH) menerima pemimpin yang melompat parti sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Kah3 (gelak) “katak berprinsip”. Istilah baru. Kalau kena kat muka kita #pengkhianat.

“Kalau konon untungkan kita “katak berprinsip”. Bahana jadi menteri 22 bulan prinsip semua jadi kabur,” ciapnya di Twitter kelmarin.

Isu ‘katak berprinsip’ yang dibangkitkan Rafizi dipercayai merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempertahankan keputusan PH menerusi PKR dan Amanah menerima dua bekas pemimpin UMNO sebagai calon mereka.

Mengulas lebih lanjut, Rafizi turut mengakui beliau sukar menghadam keputusan yang diambil PH walau atas apa alasan sekalipun.

“Saya harap sahabat-sahabat di luar boleh faham kenapa saya tak nak terlibat (dalam politik). Bukan merajuk, bukan penakut. Saya dah buat yang terbaik dulu.

“Cuma saya tak nak terpalit dengan keputusan-keputusan yang saya tak boleh hadam atas alasan “strategi”, “taktikal” dan lain-lain. Prinsip itu maknanya tak berubah-ubah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat