Aktiviti Balik Kampung, Ziarah Punca Kes Covid-19 Meningkat Di Kelantan – MB

- Advertisement -

KOTA BHARU – Aktiviti balik kampung, berkumpul bersama keluarga dan ziarah saudara-mara ketika musim perayaan baru-baru ini dikatakan menjadi punca peningkatan kes harian Covid-19 di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sambutan Deepavali pada 4 November lalu mendorong perantau mengambil cuti panjang dan balik ke kampung sebelum berkumpul beramai-ramai.

“Peningkatan kes kali ini didapati berlaku selepas musim perayaan dan kalau kita lihat, selepas sambutan apa-apa perayaan sekalipun, pasti akan berlaku peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.

“Esok saya akan menghadiri masyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengenal pasti apakah sebenarnya punca kenaikan kes di negeri ini sehingga berada di tangga teratas,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat, di sini hari ini.

Kelantan merekodkan kes Covid-19 harian tertinggi di negara ini dengan 820 kes dilaporkan semalam, mengatasi Selangor dengan 809 kes.

Angka itu melebihi dua kali ganda bilangan kes hari sebelumnya iaitu 376 kes.

Pada masa sama berdasarkan populasi, Kelantan mencatatkan kadar vaksinasi lengkap 58.8 peratus, kedua terendah selepas Sabah yang mencatatkan 58.3 kes. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat