Kenderaan Rasmi: Kenapa Tak Pakai Proton X70? – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak membangkitkan persoalan kenapa kerajaan tidak menjadikan Proton X70 sebagai Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) berbanding Toyata Vellfire.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian susulan timbul pertikaian antara Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan bekas pendahulunya, Lim Guan Eng.

“Isu jimat RM3.00 sebulan untuk tukar kereta Proton Perdana ke Vellfire. Kerajaan PH yang cadang. Dilaksana kerajaan PN.

“Menteri Kewangan kerajaan PN kata kerajaan PH dahulu yang putuskan untuk tukar ke Vellfire.

“Menteri Kewangan PH (Guan Eng) pula kata hari ini bahawa bukan kerajaan PH yang putuskan. Cuma cadang sahaja sebab kereta Vellfire terlalu mewah. Dia kata dia. Dia cakap dia.

“Hanya sebab tukar kereta Perdana ke kereta Vellfire boleh jimat RM3.00 sebiji sebulan. Kenapa pula tak pakai Proton X70?

“Kan PM7 (Tun Dr Mahathir Mohamad) rasmikan pelancaran kereta tersebut dan kata ianya amat bagus walaupun dia pernah tuduh Proton bukan lagi syarikat Malaysia sebab kononnya sudah dijual Najib? Bidas Najib.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menegaskan bahawa kerajaan PH tidak meluluskan malah tidak pernah mengumumkan pertukaran kenderaan rasmi bagi menteri-menteri Persekutuan daripada Proton Perdana 2.4 Premium kepada Toyota Vellfire 2.5L.

“Ini berlawanan dengan kenyataan Kementerian Kewangan baru-baru ini bahawa cadangan penggantian kereta Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Vellfire sebenarnya telah dipertimbangkan semasa pentadbiran kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini.

“Selaras dengan prinsip perbelanjaan berjimat cermat dan berhemah, menteri-menteri zaman Kerajaan PH telah menggunakan kenderaan Proton Perdana, bukan seperti sekarang yang memakai Toyota Vellfire 2.5 yang lebih mewah,” jelas Guan Eng.

Malah katanya, tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada pertukaran KRJ ini dibuat antara lainnya berdasarkan kos sewaan Toyota Vellfire 2.5 lebih rendah berbanding Proton Perdana 2.4 Premium.

Jelasnya, kadar sewaan Toyota Vellfire 2.5l didakwa adalah RM4,851.61 sebulan berbanding RM4,854.41 untuk Proton Perdana 2.4.

“Kadar kos pajakan Toyota Vellfire yang lebih rendah daripada Proton Perdana 2.4 tidak masuk akal dan tidak munasabah berdasarkan kenyataan Presiden Persatuan Kereta Sewa Malaysia, Farouk Fernandez.

“Farouk menegaskan bahawa ia tidak masuk akal kerana gagal mengambil kira kenderaan dijual pada harga berbeza kepada kerajaan berbanding entiti swasta kerana kerajaan boleh menjimatkan kos melalui pengecualian duti dan cukai.

“Adakah kenderaan jenama lain yang lebih murah dan sepadan dengan kelengkapan kereta Proton Perdana 2.4 Premium dipertimbangkan selain daripada memastikan keutamaan diberikan kepada kereta buatan Malaysia? katanya.

Menurut Guan Eng, demi prinsip akauntabiliti dan ketelusan, Kementerian Kewangan perlu memaklumkan kepada orang ramai sama ada tender terbuka dilaksanakan dan syarikat manakah yang menguruskan penyewaan baru kenderaan rasmi kerajaan Persekutuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat