PDRM jadi pemula siasat Roger Ng

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan siasatan ke atas bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan perkara berkenaan.

“Insya-Allah, kami akan siasat (Roger Ng) terlebih dahulu,” katanya ringkas lapor Bernama pada Isnin.

Semalam, PDRM mengesahkan Roger Ng telah tiba di Malaysia bagi membantu siasatan kes tersebut namun lokasi keberadaan lelaki itu tidak didedahkan atas faktor keselamatan.

Jumaat lepas, media melaporkan warganegara Malaysia, Roger Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan berdepan pertuduhan di negara ini.

Terdahulu, Roger Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana kekayaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diserahkan kepada Malaysia untuk berdepan tuduhan di negara ini.

Ketua Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS), Margo Brodie di Brooklyn, mengarahkan Roger Ng menyerah diri kepada Perkhidmatan Marshal AS supaya dia boleh diserahkan kepada penguat kuasa undang-undang Malaysia.

Bagaimanapun pendakwa dalam satu surat awal kepada Brodie berkata, Roger Ng dikehendaki kembali ke AS untuk menjalani hukuman penjara dan ia turut dipersetujui peguam lelaki itu.

Sebelum ini, tarikh penyerahan Roger Ng ditangguhkan dari 6 September, selepas pendakwa AS berkata, mereka memerlukan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan Kuala Lumpur terlebih dahulu, sebelum membenarkan lelaki itu dibicarakan di Malaysia.

Sehari sebelum itu, bank pusat Singapura mengeluarkan perintah larangan seumur hidup (PO) terhadap Roger Ng yang juga dikenali sebagai Ng Chong Hwa.

Kes Roger Ng berpunca daripada kira-kira AS$6.5 bilion (kira-kira RM29.09 bilion) bon Goldman dalam membantu penjualan 1MDB pada 2012 dan 2013.

Pendakwa raya AS berkata, pegawai, bank dan sekutu mereka menggelapkan kira-kira AS$4.5 bilion (kira-kira RM20.14 bilion) daripada jumlah itu.

Roger Ng ialah warganegara Malaysia dan bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia.

Brodie menjatuhkan hukuman kepada Roger Ng pada Mac lalu, iaitu 11 bulan selepas juri mendapati dia bersalah kerana membantu bekas bos Goldman, Tim Leissner menggelapkan wang 1MDB, mencuci hasil dana itu dan menyogok pegawai kerajaan untuk mendapatkan perniagaan.

Hukuman terhadap Leissner yang tertangguh dijadualkan pada 19 Mac 2024. Jho Low, dalang utama skandal penipuan itu, turut didakwa tetapi sehingga kini dia masih bebas.

Pada Oktober 2020, Goldman bersetuju membayar AS$2.9 bilion (kira-kira RM12.98 bilion) dan unitnya di Malaysia mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah.

Roger Ng ditahan di Malaysia pada November 2018 dan bersetuju untuk diekstradisi ke AS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat