Sahabat KDN Pupuk Semangat Kebersamaan, Pelihara Keselamatan Negara

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Bukan sekadar turut serta dalam pelbagai program, “Sahabat KDN” juga berpeluang menyertai operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini bagi membangkitkan semangat Sahabat KDN yang berperanan sebagai ejen penyebar maklumat disamping menjadi mata dan telinga kementerian itu berkaitan isu-isu keselamatan negara.

“Ada banyak operasi kita lakukan, sesiapa yang mungkin ingin mengikuti operasi akan kita jemput kerana kita mempunyai beberapa inisiatif dan kita mahu program ini mampu membangkitkan semangat semua warga negara bersama menjaga keselamatan negara.

“Saya sedar apabila sebut sahaja keselamatan dalam negara, selalunya rakyat akan memikirkan ini tanggungjawab KDN tetapi sebenarnya ini tanggungjawab kita bersama.

“Maka itu apabila kita adakan program sahabat ini, adalah untuk menjemput seluruh rakyat malaysia seramai mungkin bersama dengan kita,” katanya di Majlis Ramah Mesra Menteri Dalam Negeri (MDN) bersama Sahabat KDN di Dewan Gemilang,KDN semalam.

Hamzah menambah, keselamatan bukan hanya menahan benteng Negara daripada serangan ketenteraan tetapi juga termasuk isu isu yang merentasi sempadan.

Justeru jelasnya, komitmen seluruh rakyat diperlukan untuk turut serta dan bersama-sama menjaga keselamatan negara.

“Kalau kita fikir dari segi ancaman ia datang dalam pelbagai bentuk, dari segi fizikal dan minda. Dari segi fikizal sudah tentu kita telah letakkan pegawai kita yang benar-benar sudah dilatih untuk menjaga keselamatan.

“Tetapi dari segi ancaman minda kita perlu seramai mungkin untuk membantu kita kerana ada pihak yang membawa isu serta ideologi yang berbeza merosakkan ketenteraman dalam negara.

“Dimana ini berkemungkinan saudara saudari semua lebih mengenali mereka. Sebab itu kita ingin kerjasama ini lebih baik untuk negara,

“Ini lah kerjasama yang ingin kita wujudkan, matlamatnya besar dan kita di KDN bukan hanya menjaga nyawa, harta, akal tetapi menjaga segala galanya dan menentukan bahawa masa depan negara ini boleh kita banggakan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat