RM40 juta dibelanja kerajaan untuk Projek Pembangunan Semula Kampung Laut di Tumpat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk Projek Pembangunan Semula Kampung Laut yang terdiri daripada Laman Warisan Serunding, Laman Warisan Seni dan pemindahan Masjid Lama Kampung Laut.

Berita yang paling menggembirakan setelah lebih 50 tahun, akhirnya hasrat rakyat Kelantan untuk membawa pulang Masjid Lama Kampung Laut menjadi kenyataan ibarat ‘sirih pulang ke gagang’.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejarah Masjid Kampung Laut banyak berkait rapat dengan penyebaran dakwah di rantau ini pada abad ke-18 selain menjadi simbol kegemilangan syiar Islam di negeri Serambi Mekah ini.

“Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Majlis Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kerana berjaya memindahkan Masjid Lama Kampung Laut yang merupakan antara masjid kayu tertua di Asia Tenggara, ke lokasi asal di Tumpat.

“Akibat kerap dilanda banjir termasuk banjir besar pada 1926 dan 1966, masjid ini dipindahkan ke Nilam Puri, kirakira 20 kilometer dari tapak asal,” kata Perdana Menteri di Kelantan pada Jumaat.

Menurut beliau, keunikan Masjid Kampung Laut ini terletak pada keseluruhan binaan dibuat daripada kayu cengal dan tanpa menggunakan sebarang paku, selain kehalusan ukirannya yang menjadi tarikan utama pelancong.

Beliau berkata, usaha untuk mendapatkan pengiktirafan Masjid Lama Kampung Laut sebagai Monumen Warisan Kebangsaan dan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, pastinya akan dapat memelihara dan melonjakkan taraf profil warisan sejarah dan budaya negeri Kelantan, adalah amat dialu-alukan.

“Kerajaan Persekutuan menyokong penuh langkah bagi mewartakan Masjid Kampung Laut ini sebagai Monumen Kebangsaan di bawah Jabatan Warisan Negara dan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, kerana ia sangat signifikan,” katanya.

“Saya teruja kerana Laman Warisan Kampung Laut kini telah menjadi satu destinasi wajib singgah oleh pengunjung-pengunjung di Kelantan, khususnya di Kota Bharu.

“Serunding Kampung Laut adalah terkenal di Malaysia dan ia merupakan juadah yang mesti dibeli oleh para pelancong apabila ke Kelantan. Dengan adanya Laman Warisan Serunding, para pengusaha kini beroperasi di sebuah kompleks yang lebih kondusif dan menarik yang akan meningkatkan lagi tarikan dan jualan hasil-hasil pengusaha kepada pengunjung,” ujarnya.

Ismail Sabri juga berkata, Negeri Kelantan kaya dengan kesenian dan kraftangan yang diwarisi sejak turun temurun.

“Laman Warisan Seni yang dibangunkan akan memelihara warisan seni budaya rakyat Kelantan.

“Laman ini juga memberi peluang kepada karyawankaryawan seni tempatan untuk memasarkan hasil tangan seperti batik, wau dan barangan kraftangan kepada para pengunjung di samping terus mengekalkan budaya seni dan kraftangan Melayu di kalangan generasi muda,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat