Difitnah dalam perutusan khas, Najib bagi Muhyiddin tempoh sehingga esok jawab

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menuntut jawapan balas Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perutusan beliau sebelum ini yang menyebut Ahli Parlimen Pekan itu mendesak campur tangan dalam perbicaraannya di mahkamah.

Najib mengingatkan bahawa dirinya boleh dikritik dan dikecam namun tidak sesekali difitnah.

Beliau membangkitkan perkara itu susulan surat balasan dari peguam Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang disifatkannya sebagai gemar memfitnah.

“Pihak sebelah sana suka fitnah. Sampai fitnah ini dibawa ke perutusan dalam TV bahawa saya pernah minta campur tangan Perdana Menteri dalam kes-kes mahkamah saya.

“Kononnya ini sebab PM8 dijatuhkan. Bukan sebab mereka gagal segagalnya untuk mengawal Covid-19 negara yang sudah menjadi antara paling parah dalam dunia serta ekonomi yang semakin merudum sehingga pasaran saham Malaysia jadi kedua paling corot dalam dunia bagi tahun 2021.

“Sehingga Ketua Penerangan Bersatu melanjutkan fitnah Perdana Menteri dalam hantaran Facebooknya dengan merujuk nama saya,” katanya.

Sesiapa yang masih kata PM8 tak sebut nama saya pun boleh rujuk posting Ketua Penerangan dia yang secara jelas kaitkan nama saya dengan fitnah dalam perutusan PM8,” kata Najib.

Merujuk hantaran Wan Saiful yang dimaksudkan Najib, ” dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin kelmarin, beliau menyebut bahawa ada desakan supaya beliau mencampuri urusan mahkamah untuk mebebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah”.

“Ada dakwaan bahawa antara kes yang dimaksudkan ialah membabitkan Zahid Hamidi dan Najib Razak,” catat Wan Saiful.

Najib menambah, tetapi apabila dituntut beri bukti dalam mahkamah, mereka jawab pula bahawa mereka cuma dengar dari khabar angin dan tak ada bukti.

“Sekadar tanya soalan sahaja. Kononnya nak beri peluang saya jawab.

“Bahawa ini hak kebebasan mereka untuk bertanya di bawah Perlembagaan Persekutuan. Itu jawapan Wan Saiful,” kata Najib.

Hal demikian katanya, dengan merujuk jawapan rasmi peguam Wan Saiful, peguam saya juga telah hantar surat tuntutan yang sama kepada Muhyiddin.

“Menuntut dia jawab secara jelas jika dia yang salurkan “khabar angin” berkenaan saya kepada Wan Saiful dan juga tuntut dia mengulas bila dan bagaimana saya pernah minta dia campur tangan dalam kes-kes mahkamah saya.

“Kami beri tempoh sehingga hari esok untuk dia jawab.

“Kita sama-sama tunggu jawapan PM8 (Muhyiddin). Kami akan tentukan langkah seterusnya setelah menerima jawapan dia.

“Kamu boleh kritik dan kecam saya tetapi jangan fitnah saya lagi. Sebab saya telah bosan dengan fitnah-fitnah yang tak henti-henti, penggunaan propaganda media serta penyalahgunaan agensi kerajaan terhadap saya,” tegas Najib.

Dalam hantara berikutnya, Najib memberitahu tindakannya itu lebih kepada mempertahankan diri dan menangkis fitnah yang dilempar.

“Mereka memfitnah, saya menangkis. Sebab saya berpendapat bahawa ia hak saya untuk pertahankan diri, terutama sekali jika fitnag itu dijaja dalam perutusan khas rasmi ke seluruh negara oleh orang yang masih Perdana Menteri masa itu serta ahli-ahli parti dia,” bidas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat