SOP buka sekolah sedang dirangka KKM, KPM dan MKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini bermesyuarat bagi memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bagi persiapan pembukaan sekolah secara bersemuka awal Oktober nanti.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sesi libat urus ini digembleng bagi menghasilkan ketetapan SOP yang selamat untuk semua terutamanya pelajar sekolah.

“Bagi persiapan pembukaan sekolah secara bersemuka di seluruh negara awal bulan depan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan telah bermesyuarat bagi memperhalusi perkara-perkara penting khususnya berkaitan SOP.

“Dalam mesyuarat yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dan saya pagi tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah serta pengurusan tertinggi KKM turut memberikan input-input berdasarkan kepakaran mereka,” kata Khairy pada Khamis.

Jelas beliau, kerjasama di antara kementerian-kementerian (whole of government approach) dan usahasama dengan masyarakat (whole of society approach) dalam waktu pandemik sebegini amat penting untuk digembleng bagi menghasilkan ketetapan SOP yang selamat buat semua khasnya buat anak-anak kita.

“Kementerian Pendidikan Malaysia dijangka akan membentangkan SOP terbaharu mengenai pembukaan semula sekolah secara bersemuka tidak lama lagi,” beritahunya.

Sementara itu, Radzi turut memaklumkan selesai libat urus bersama kumpulan pakar pagi tadi.

Beliau teruskan mesyuarat bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berkaitan pembukaan sekolah.

“Mesyuarat turut disertai pengurusan tertinggi KPM dan KKM serta Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (MKN), Hamzah Ishak.

“Terima kasih atas pandangan, cadangan dan maklumbalas yang diberikan terhadap rancangan pembukaan semula sekolah.

“InsyaAllah, satu pelan komprehensif mengenai pengoperasian sekolah akan saya umumkan dalam masa terdekat.

“KPM sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik,” kata Radzi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat